bakal guru matematik yang bising. gila - gila. itu aku. but then, i'm still human being yang memerlukan masa untuk bersendiri. kan. sebab tu adanya blog nie. penggunaan bahasa dalam blog nie adalah amat sangat tidak boleh diguna pakai. jadi jangan tiru pengunaan bahasa didalam blog nie yer. ohh and 1 more thing. jangan nak kondem banyak banyak sbb nie blog aku. cheerss :)

Sunday, 20 January 2013

Monologue.

hello. assalamualaikum :)

wew!! its been awhile. lama tak update. dlu time exam bukan main nk update tiap hari. dah cuti malas pulak. biasa la. kalau dah jumpa game. semua benda aku lupekan. hehehe.

sooo. nothing special buat masa nie. mana tak nya. tido lepas subuh and then bangun 3 petang. macam tu la aku tiap tiap hari. nak buat macam mana, dah memang jadi tabiat bila cuti. malam aku akan jadi burung hantu. mata celik, bulat, segar bukan main. dan bila pagi menjelma, mula la mata aku melabuhkan tirai. kawan kawan yang nak ajak lepak diorg dah tau timetable aku. diorang akan ajak aku lepak malam *itupun kalau aku rajin nak keluar* ataupun kalau besok nak keluar diorg dah ingtkan aku suruh tido awal malam nya. heee.

apa yang best bila malam adalah gamerz yang dalam smua pro. sbb tu aku suka main game time malam and the best part is, aku boleh bermonolog sorang sorang dekat balkoni aku tanpa ada sebarang gangguan. hahaha. pelikkan. but that's me :) .. hahaha. yes! aku memang suka cakap sorang sorang bila malam. bila feel tu dtg.... perghh! layan doe!!

aku cakap pasal macam macam. and this is how i calm myself when something happen :) ..bila sesuatu kekhinziran kejadian yang jadi.. aku akan lepak kt balkoni sampai azan subuh. seriously!! it's help. korang try la. :) .. benda nie aku belajar time skolah dlu. cikgu kaunseling yang rekemen cara nie. *even aku PRS.aku pun ada masalah* so aku cuba. and then it's become habit. sbb tu sampai sekarang even takde masalah pun aku still bermonolog sendirian. hehe


bila aku bermonolog. aku dapat lihat persepsi kehidupan dengan lebih luas. some of you will say / ask

 "apa kene mengena monolog dengan persepsi kehidupan lebih luas ? go home mus, you are drunk!" 

yang tu aku tak dapat jawab. tapi apa aku boleh jawab. korang cuba dlu. dan mungkin korang akan rasa benda yang sama :)

this monologue things is really helpful when i face any kind of problem or situation that i think i can't handle it. and if someone out there try this monologue things . i hope it will help you too :) .. it might not settle your problem but it help calm u down and maybe it can help u to think what the best way to settling your problem :)


# Jangan ikut cara tido aku sebab ia sangat lah tidak elok pada kesihatan badan dan ayah aku cakap boleh      melembapkan otak. *patot aku rasa otak dah makin lembap, tapi main game smakin pro. haha*

- Setiap Manusia Mempunyai Pandagan Yang Berbeza. Jadi Hormatilah Setiap Pandangan Orang Lain -







Friday, 11 January 2013

seksa!

hello. assalamualaikum :)

argh! stress! pagi pagi cuti aku dah dikejutkan bangun ambik air. dafuqq!

sejak aku ada kat rumah. boleh kira brapa kali je aku mandi. okay jup. aku dah 3 hari kat rumah. so mmg 3 kali je aku mandi. argh! sungguh rasa diri ini tidak suci!

pagi pagi dah kene jerit dengan mak bapak aku suruh angkat air. mana pegi hak bercuti aku! aku baru nak berehat dengan tenang tapi disuruhnya angkat air! mana keadilan aku! *amboih ayat! macam aku tak guna je air tu*

aku dengan berseluar pendek dan berbaju tidur terus keluar pegi jalan jalan carik lori air dengan robin. en.ayah aku dah pegi dulu. die dah tenssy kot tnggu aku lama sangat. haha. sorry ayah! :)

aku ingtkan en.ayah bawak baldi kecik. sekali!! amek! bukan baldi dibawak. besen kau tau! besen!! da badan aku tuff. nak angkat besen tu. adoi! seksa! kalau 1trip je tak pe. ini smpai 3trip! kalau la tiap2 pagi macam nie. tak payah pegi gym pun aku dah tuff.

oo.. part paling best. kene sound setepek dengan en.ayah! haha. tengah alihkan air dalam besen tadi ke besen lagi besar. aku secara tak sengaja menghulurkan tangan aku. konon konon nak basahkan tangan.

en. ayah : woi!
aku : apesal ? nak basahkan tangan je pun.
en. ayah : haizzzz *berdengus dengan kencang*
aku : erk ? apesal ?
en. ayah : dah kau basuh tangan macam mana nak amek air smayang!
aku : erk......
en. ayah : dah tak jadi air musta'mal la die!
aku : erk...
en. ayah : tu la! sruh belajar agama malas!
aku : erk....

hahahahaha. tu je aku mampu buat. mendiamkan diri. mana aku tau! aku ingat air tu nak buat air mandi! so air yang aku angkut tu tak boleh la buat air sembahyang. hoho. terasa bersalah sungguh hati kecil ini! hahaha.

lpas settle semua trus siap siap pegi nak solat jumaat. tgh mandi ada pn.mak jerit

pn. mak : aqim mandi sikit sikit!
aku : yeee.. *smbil mencuci muka*
pn. mak : aqim mandi sikit sikit. karang orang nak berak takde air nak cebok!
aku : yeee.. *sedang membasuh muka*
pn. mak : aqim dah la tu mandi! mandi sikit sikit! dah berapa gayung mak dengar!
aku : aqim mandi pun tak lagi.

kau tengok! seksa kan! aku nk mandi pun banyak pantang larang! argh! stresss!!

air!!! tolong la kembali dengan pantas!!!

Sunday, 6 January 2013

diri ini.


hello. Assalamualaikum :)
benda ni ramai dianatara kita ambil remeh. tapi sebenarnya ia adalah sesuatu yang sangat besar disisi Islam.

Kemaafan
MANUSIA tidak luput daripada salah, khilaf dan dosa. Namun sebaik-baik orang yang berbuat salah dan dosa adalah mereka yang cepat kembali kepada Allah seraya memohon ampun kepada-Nya.
dosa yang paling berat adalah dosa di antara manusia dengan manusia. Sebab dalam masalah ini Allah S.W.T tidak masuk campur sebelum manusia itu menyelesaikannya terlebih dulu.
Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud:
Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”
Allah tidak akan mengampunkan dosa seorang hamba kepada hamba yang lain sebelum kedua belah pihak menyelesaikan permasalahan mereka terlebih dulu. Jika tidak, pada akhirat nanti mereka akan saling menuntut balas dan membayar dosa dengan kebaikan atau memindahkan dosa orang dizalimi kepada yang menzalimi.
pada hari itu mahkamah dipimpin Allah Maha Adil. Maka tidak ada sedikit pun kezaliman yang tidak dibalasi dan tidak ada sebesar zarah pun kebaikan kecuali akan diperlihatkan.
sebab itu meminta maaf ke atas dosa dilakukan kepada orang lain adalah sesuatu keharusan yang mesti dilakukan sebab meminta maaf di dunia jauh lebih mudah daripada harus membayar kesalahan itu pada akhirat nanti. Tidak seorang pun yang dapat membayangkan bagaimana dahsyat dan hebatnya alam akhirat.
Namun Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka setiap Muslim dianjurkan untuk memberi maaf sebelum orang meminta maaf. Sebab memberi maaf itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 237)
Walaupun memberi maaf itu bukanlah sesuatu kewajipan, namun memberi maaf memiliki nilai yang sangat besar di sisi Islam.

# Manusia mudah melakukan kesalahan tapi sukar memohon maaf.
# Manusia ingin orang bermohon maaf padanya tapi sukar memberi kemaafan pada orang lain.
# Sebaik - baik manusia adalah orang yang mudah bermohon maaf dan memberi kemaafan :)

- Manusia Tidak Lari Dari Kekhilafan -

* maafkan diri ini sekiranya ada melakukan kesalahn dan kekhilafan secara sengaja atau tidak. kerana diri ini takut untuk ditimbang di mahkamah Allah kelak kerana dosa sesama manusia *




Saturday, 5 January 2013

annoyed.

Hello. Assalamualaikum :)

cerita hari ini :)

aku tak suka orang pandang rendah kemampuan orang lain.
annoying ok!


tau kau pandai. Dean List setiap sem *congrats*. tapi tak payah la sebab kau Dean List kau pandang rendah  kat orang lain. mungkin kepandaian kau dalam bidang tersebut dan orang lain pandai dalam bidang lain. jangan buat orang rasa menyampah dengan perangai kau.



ilmu agama tinggi. tapi still pandang rendah kat orang lain. kau tau tak ape tu takbur ? ape tu riak ? mungkin ramai orang kata aku judge dari apa yang aku nampak atau atau rasa. tapi kalau aku kene sorang tak apa. tapi nie ramai dah kene dengan perangai kau yang.. urgh!!


kalau kau rasa kau dah cukup bagus , pandai.. kau tak payah nak merendah rendahkan orang lain. takde orang sakit hati dengan kau. orang pun tak de rasa marah dan menyampah dengan kau.

orang markah tinggi dari kau je kau kata orang tu tak patut dapat. eh! the **** doe! dah memang die lagi bagus dari kau. tak payah la kau nak merendahkan die. ingatkan masuk Uni nie dah matang pemikiran pasal bab bab nie. tapi tak. hampeh!

memang semangat bersaing tu perlu ada dalam diri setiap pelajar. tapi perlu ke sehingga merendah rendahkan kawan kawan yang lain. dan bila ada orang lain yang lebih pandai dari kau pun kau merendah rendahkan orang tersebut. sebenarnya apa yang kau nak ? nak semua orang pandang kau sorang je paling pandai ?

and for me. aku tak de masalah dengan kau sebelum nie. tapi sekali kau buat taik dengan aku, selagi kau tak mintak maaf dengan aku dan semua orang yang berkait. selagi tu aku bagi taik kat kau :) thats me.. aku boleh layan kau mcm biasa tapi untuk rapat. haha. sorry!

macam mana kau layan aku macam tu aku layan kau :) 

nothing more or less :)

oh! kalau kelakuan kau selama nie nak buat aku sakit hati atau sewaktu dengannya. haha!!. kau phailed!! sbb aku tak amek port pasal kau. ngee~~. dan kalau kau rasa orang disekeliling kau layan kau dengan ikhlas, better you think it back :)

# Biasakan lah merendah diri supaya tiada perasaan riak dan takbur dalam diri :)
# Jangan sampai kita hilang kawan kerana perangai yang mampu kita ubah :)

- Hanya Kawan Yang Baik Ingin Berjaya Bersama -

Jom study Statistik :)

Friday, 4 January 2013

sorry and regret.

hello! Assalamualaikum :)

"mus, kau nak pegi amek duit tak?"

tiba tiba dia bercakap dengan aku. terkejut okay!! aku tergamam untuk 2 saat. takde ape ape yang pelik dengan soalan tu. tapi yang peliknya!! bila lepas hampir satu sem kitorg tak tegur, tiba tiba je die tegur aku. sedangkan dalam rumah ramai lagi ada kene mengena dengan duit tu.

bukan aku tak nak tegur or cakap dengan dia. just aku tak tau nak borak ape dengan dia. so luckily die tegur. and for that,  i think i owe him an apologize :)


i'm sorry :)

.........................................................................................................................................................


*Ordinary Differential Equations*

okay tadi paper ODE. Alhamdulillah all according to plan except question 2 pasal moduling. aku tak sempat nak baca pulop!! so aku pun taram dan hentam je.. and assume. eh! bukan assume.. dah memang konpem aku hilang 25 marks for that ques. oh damn!!

tapi memang salah aku pun. sebab cikgu ODE aku, Dr. Suhaili, Dr. Liya dan Dr. Cik Atie dah suruh baca bab tu.. cuma aku je malas sbb aku ingt takkan keluar.. waaaaa.. ruginya!

but overall aku still berpuas hati dan syukur even hilang 25 marks. mana taknya, aku study 1 hari before exam okay!! genius kan. :P *genius ke bodoh mus*

dan!!



terima kasih!! :)

kepada yang telah mengajar aku. especially!! Dr. Suhaili. dua subjek die ajar aku *ODE dan Perakaunan*. terima kasih!! oh dan juga Dr. Salju Sopiano kerana telah membantu aku waktu exam. even its so risky but u still help me :).. terima kasih kawan! jasamu tak akan aku lupakan. hehe

# habit aku study 1day before exam memang tak boleh dipisahkan. hoho. *sila jangan tiru gaya belajar ni yer *
# harap sem nie dapat buat mak ayah bangga even sebelum diorg dah pun berbangga dengan anak laki sorg nie. ngeh ngeh ngeh!


- Dengan Maaf Dapat Menjernihkan Hubungan Yang Keruh -


dah azan
jom solat :)

Thursday, 3 January 2013

Sepetang.

hello! assalamualaikum :)

Hari Buah Serumah!!

muhaha.. citer die petang tadi aku tengah study. pastu ingt nak take quick rest la kan sbb buat ODE asik tak dapat je. tension jugak. so smbil aku sedang enak berehat aku pun pasang lagu pasal dorian nyanyian Mr.Os.. and then the feeling come.. 

NAK DURIAN!!

aku pun try pancing Rahimi dengan Mirul yang tengah sibuk study ajak diorg pegi carik durian. diorg ni dari rumah sewa sampai le kitorg masuk kolej balik always dengan aku . diorg pun setuju.. yeay!! mana taknya. kalau aku ajak then diorg tak nak mula la kata kata perlian aku keluar.. muahaha!! akhirnya diorg menyerah kalah. 

Rahimi ni senang sikit nak ajak. memang kalau aku ajak slalu on je sebab die nie sekepala dengan aku. yg susah Mirul. duit tak de la , saving la , ada hal la. pelbagai alasan dia ni.. tapi slalu die ikut jugak lepas aku hembuskan kata kata perlian aku. hak hak hak!!

jadi smua bersiap siap. so kitorg pun gerak pegi KHAR sbb situ je banyak port buah buah ni. 

sebelum tu carik kitkat Izzat dlu dekat area KHAR. dia mintak tolong belikan. tapi peliknya. kitkat habis. semua kedai plak tu. sampai 7eleven pun habis jadahnya!!. laku betol kitkat kat sini. then kitorg decide pegi beli durian dlu. time carik kitkat tu ada la nampak kedai durian. so pegi dekat situ je.

yg tau pilih durian ni Mirul je. aku ngn Rahimi memang out la. org bandar kan. sebelum ni beli pun suruh tokey kedai tu pilihkan. ngeh ngeh ngeh!! sampai kedai tu tros pilih durian. then si Mirul pun tnya harga

mirul : brape ringgit sebijik nie cik ?
mak cik : rm10
mirul : waaaaa!!! mahalnya!!

kuat okay die jerit.. sampai customer lain pandang.. aku time tu dah blah awal awal dah. hahaha!! segan weiii!! mak cik durian tu pun gelak. perangai dia ni pelik pelik sikit.. perangai die.. benda nak sedap tapi nk harga murah. tapi tu lumrah. memang semua orang macam tu. kan.. nk barang sedap tapi nak murah.. haaa.. jangan tipu!

then deal punya deal dapat la RM10 4 biji.. patot 3 biji je. tapi sebab Mirul berjaya mengorat anak mak cik jual durian tu dapat la sebijik free. hahaha. Rahimi duduk kat moto je. die cakap durian tgh mahal sebab blom musim la ape la. mamat ni memang poyo. ada ke patot tgh pilih durian die kate dia nak makan kepsi. cit! poyo kan! tapi last last makan jugak durian tu bila sampai rumah.

sebelum balik singgah kedai sebab kitkat si Izzat tu tak beli lagi. pastu terus gerak balik kolej. solat maghrib then makan ! heee~


* Rahimi *

nie la mamat poyo!!! orang nak durian. die nak kepsi. katanya makan dekat kepsi ada aircond. urgh!! kecoh! tapi makan jugak.


* Mirul *

ni budak pelik aku cakap. perangai tak boleh nak pelik lagi. pegi jerit depan kedai orang. tak paham tak paham!!


* Imran *

die nie tiba tiba je ada dalam cerita nie sebab time kitorang sampai rumah je dia ada. tau tau je kau kan kitorang pegi carik makanan sedap! bayar tetap bayar!!


*Aku*

muahahaha! muka puas dapat makan durian!! yahooO!!! *sila abaikan kaler wajah saya yer* 

Akhirnya!! apa yang aku idamkan hari ni dapat. hehehe. gumbira gumbira!!

# terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam mencapai keinginan aku ini!! hahaha..

# oh my!!!!! aku makin gelap.. damn!! ni kes selalu main futsal la nie..

- Usaha Apa Yang Anda Inginkan Dan In Shaa Allah Anda Akan Mengapainya -



Wednesday, 2 January 2013

masih belum terlambat



setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. sama ada sengaja atau tidak. zahir atau batin. perbuatan atau perkataan.. kesilapan dan kesalahan manusia datang dari pelbagai sudut, ceruk pelusuk diri kita sebagai manusia.

but remember!  pintu taubat sentiasa terbuka luas selagi masih belum timbul matahari dari barat dan sebelum nyawa sampai di kerongkong.. nak tnggu saat tu datang baru nak taubat. tak sompat dah eh! time tu sudah tiada maaf bagimu.


siapa kita untuk sombong pada Maha Pencipta ? 
Allah tidak pernah sombong pada ciptaan-Nya tapi mengapa kita ? 

# bukan tau buat. tapi taubat :)
# jangan sesekali fikir sudah terlambat kerana Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah ajar kita terlambat :)

- Manusia yang sombong adalah manusia yang tidak pernah menangis kepada-Nya -

man and women are created to worship Allah
don't forget that :)

Tuesday, 1 January 2013

Urghh!!


!!HAPPY NEW YEAR!!
!!WELCOME 2013!!
*pangg promm pomm preet proot pom kebaboom*

aku : cepat cepat buat azam tahun baru!!
kawan : erk! kau penah ada azam eh mus ? tak tahu pulak aku 
aku : agak celupar mulut longkang kau new year nie eh. mesti la ada ngok!
aku & kawan : hahahaha
* bila saling mengenal hati budi masing masing. kene kutuk pun tak kisah :) *

aku sambut new year dekat halaman rumah kawan aku tanpa ada bunga api dan mercun. hanya ditemani bunyik cengkerik , asap rokok dan bunyik mercun yang hidup segan mati tak mau. sadis kan!! ini semua gara gara new year time exam. urgh!!

tapi tak pe lah. kalau new year sebelum sebelum ni pun bukan aku buat apa apa. duduk rumah makan karipap sambil tengok bunga api dari balkoni rumah aku *dari balkoni rumah aku nampak KLCC okay*.. sebab aku bukan jenis kaki lepak malam tak tentu arah.

it so not me :)

come on. ape yang korang fikir bila lepak ramai ramai tak tentu arah. preeng motor sana preeng motor sini. macam budak baru dapat motor. dafuq! memekak kau tau! apa korang rasa bila tengah syok layan bunga api sambil menikmati karipap then suddenly ada sound yg macam tin kosong menular masuk telinga korang. perasaan dia macam haram kan!

bukan la aku menghalang korang sambut new year. itu hak masing - masing dan benda tu tak salah pun. tapi hormat lah orang lain jugak kan. berpada lah dalam bergembira. karang tak pasal - pasal sambut new year dalam tanah. haa! time tu kau nak tau erti penyesalan pun dah terlambat!!

ok itu je nasihat dari penaja. ngeh ngeh ngeh!!

and to all my kawan kawan. pegi sambung study yer :)

- Kerana kesalahan yang kita rasa kecil. Mampu membuat kita merana seumur hidup -